Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, April 9, 2011

NAGOYA and YATOMI

Menunggu Di Kerusi Menunggu

Bukanlah niatku hendak jadi penunggu, tapi oleh kerana nombor giliranku yang agak besar, terpaksalah aku duduk-duduk sahaja di situ sambil melihat nombor yang tertera di depan kaunter.
Aku mula berasa lapar kerana dari pagi tadi aku hanya minum setin kopi. Rasa menyesal juga tidak sama-sama menjamah ayam goreng KFC yang aku tawarkan pada Razan-bai dan Fazil di dalam kereta semasa menuju ke Yatomi.

Adeehh...takkan stail tulis pun dah macam Tok Awang Ngah...

OSAKA and NAGOYA cont.

dari airport ke shin-osaka, about 50 minutes.
dari shin-osaka ke nagoya station, shinkansen - about 1 hour.
turun kat nagoya eki, merayau jap then tanya kaunter info pasal meitetsu line.
berjalan heret beg 4 bijik ke Meitetsu station utk ke Shin Anjo - YEN540.

sampai Shin Anjo, sttaion dia berubah sikit. dah ada elevator dan exit lain.
carik public phone - yg dekat station dah takde.
tanya kay kombini - dia cakap the nearest is dekat Ito Yokado.
berjalan la heret beg ke IY. cek2 syiling ada 10 yen. call razan-bai.
bagi line je - "salam razan-bai. depan Ito Yokado."

razan bai pick up, pergi Anjo Shiyakusho(city hall)

oh ya, sakura masih berbunga.

ambik document utk renew visa. then gi semayang jumaat. pastu gi yatomi-yard.
fazil drive.

sampai yard, pergi ke Nyukan dengan Mori-san.
dia drop, aku naik atas ambik nombor - 291.
current no. less than 150.
layan Tok Awang Ngah.


Friday, April 8, 2011

OSAKA and NAGOYA

landing 7:15 Osaka time.
sakit perut, keluar je plane terus carik tandas.
then gi kutip beg, semua dah takde. tengok2 ada kat kaunter, siap dibawa.
immigration beres.
kastam beres.
keluar je, ada awek approach. tau la aku ni hensem, tak payah la nak ngorat.
dia tunjuk lencana polis dia. selepas cuba tekel aku, aku cakap - saya baru je kawin.
dia pun lepaskan aku pergi.

naik tingkat 2, ke JR beli tiket ke Shin Osaka dan Nagoya. YEN 8,470.
then gi carik telepon awam.
call shacho - tak angkat.
call salman - tak angkat.
call hosoya - angkat. bagitau dia aku nak ke anjo terus. suruh dia bagitau sacho.

then naik JR tokkyu ke Shin Osaka. tiket aku Shiteiseki - reserved.
baru je duduk kejap ada awek jepun pulak duduk sebelah aku.
dia pun ngorat aku. dia cakap baru balik dari Indon. tapi aku cakap aku dari Malaysia.
dia cakap nak ke Toyota. shinkansen lambat 3 minit dari aku nyer.
aku nak naik Nozomi 222, dia hikari..kot.
anyway, sebab aku ni hensem sangat, aku tak layan sangat la awek tu.
aku layan cerita hantu Tok Awang Ngah je hehe

sampai je Shin Osaka aku rush ke platform Shinkansen. nasib baik terus jumpa tak sesat2.
jumpa lagi awek tadi tapi aku buat bodo je. cuba carik elevator tapi takde, so aku pikul je la 4 bijik beg tuh.

seat shinkansen banayk kosong. kalau aku pakai duit sendiri aku ambik jiyuseki/non-reserved je. tp beg banyak...

beli kopi sejuk atas vending machine shinkansen YEN130.